aku rasa, aku lebih banyak merayau rayau di blog orang orang yang aku tak kenal langsung. dan secara tidak langsung aku rasa, ilmu aku memang tak cukup. sebab sepanjang aku merayau rayau tak tentu hala, dari blog ke blog aku lompat, dari tekan perkataan ke tekan perkataan yang lain, memang hebat hebat belaka penulis-penulis yang berkarya. ada yang mahir dalam bab komputer seperti sembang komputer (sila google), justkhai.com yang aku memang respek melangit. sebab apa aku respek? sebab diorang nie walaupun sibuk mcmane pon, diorang akan tetap menulis dan berkongsi ilmu yang diorang ada untuk pengunjung blog mereka yang dahagakan ilmu seperti aku. aku telah listkan link link diorang kat wordpress aku. silalah pergi ke munirahbahrin.wordpress.com aku tak paksa korang pegi ke laman sesawang aku tu.
sebab aku tahu aku tak cukup cool dan hip mcm korang. haha.
Leave a Reply